SEWA / SEWAKAN HARTANAH

Rumah Sewa.
Jodoh Tuan Rumah Dan Penyewa Yang Belum Bertemu.

Saya membantu menghubungkan kedua-duanya melalui proses yang jelas, profesional dan tersusun bagi memastikan urusan sewaan berjalan dengan lebih mudah dan lancar.

44 Soalan Tapisan Penyewa.
Menapis Dengan Teliti, Memilih Dengan Bijak.


Tapisan ini merangkumi semakan identiti, pekerjaan, pendapatan, kemampuan kewangan, rekod sewaan dan dokumen sokongan bagi membantu tuan rumah mendapatkan penyewa yang berkualiti, bertanggungjawab dan sesuai, sekaligus mengurangkan risiko tunggakan sewa, kerosakan harta benda serta masalah penyewaan pada masa hadapan.

18 Soalan Tapisan Pemilikan
Menyemak Dengan Teliti, Menyewa Dengan Yakin


Tapisan ini merangkumi pengesahan identiti pemilik, semakan hak milik, status perundangan, rekod kewangan serta keadaan hartanah bagi memastikan urusan penyewaan dijalankan secara sah, telus dan selamat, sekaligus melindungi kepentingan pemilik, penyewa dan semua pihak yang terlibat.

6 Kos Permulaan Penyewaan

Mengikut amalan yang telah ditetapkan untuk hartanah kediaman

Deposit Sekuriti

Deposit sekuriti bersamaan 2 bulan sewaan berfungsi sebagai jaminan kepada tuan rumah sepanjang tempoh penyewaan.

Ia biasanya dipulangkan semula kepada penyewa selepas tamat tempoh sewaan, tertakluk kepada syarat perjanjian dan keadaan hartanah.

Deposit Utiliti

Deposit utiliti bersamaan 1/2 bulan atau 1 bulan sewaan digunakan sebagai cagaran bagi bil utiliti.

Pilihan lain adalah pemilik rumah boleh menetapkan syarat untuk menukar nama bil utiliti ke atas nama penyewa.

Sewaan Pertama

Penyewa perlu membuat bayaran sewa bagi bulan pertama sebelum menerima kunci dan memasuki hartanah.

Bayaran ini merupakan komitmen awal penyewaan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Fi Perjanjian Sewaan

Perjanjian sewaan merupakan dokumen penting yang merekodkan hak dan tanggungjawab antara tuan rumah dan penyewa.

Disarankan untuk mengunakan khidmat peguam hartanah untuk menyediakan perjanjian sewaan yang lengkap.

Setem Duti LHDN

Perjanjian sewaan perlu disetemkan bagi tujuan pengiktirafan dan pematuhan undang-undang.

Kadar duti setem adalah bergantung kepada tempoh dan nilai sewaan yang dipersetujui.

Fi Profesional Ejen

Fi profesional ejen dan sst dikenakan mengikut kadar yang dipersetujui, biasanya bersamaan 1 bulan sewaan.

Ejen membantu dalam proses pemasaran, saringan penyewa, rundingan dan pengurusan urusan sewaan.

Permudahkan Urusan Penyewaan Anda

Daripada mencari rumah sewa hinggalah mendapatkan penyewa yang berkualiti, kami menyediakan penyelesaian yang lebih mudah, profesional dan dipercayai.

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Powered by Estatik